27 February 2012

Hepi birthday 21th Hubby:)
















hyeeep..ni ade lagi 1 story yg aku nak update kat belog aku ni.. tanggal 25 hb lepas ialah hari yang begitu bermakna dalam hidup bf aku sbb dye dah tua..haha.. allah selamatkan kamu~allah selamatkan kamu~allah slematkan mohamad khairul nazmi~allah selamatkan kamu~~amin!!! dear hepi bornday yg ke 21 tahun.. dah makin dewasa dah awak ye.. ade 3 suprise yang sy bg kat awak.. sumenya ade makna.. hehe.. biarlah kita jek yang tahu makna nye kan.. so korang ley tgk pic2 yang dah aku kongsikan bersama kat sini.. memang hepi & seronok jela dye sbb dapat 3 suprise kan..so I LOVE U SO MUCH..thats all:)

New baby Gurlzz:)











Salam olls..sorila lambat nak update story kat belog aku ni..actually banyak benda yang aku nak kongsikan kat semua teman persinggahan belog aku.. ok la aku start dulu dengan kehadiran baby gurl baru dalam family kami.. alhamdulillah akak aku selamat melahirkan baby gurlz seberat 2.7kg tanggal 14 februari aritu.... aku paling hepi & excited sebab aku nak sangat anak buah perempuan..asik lelaki jek kan..hehe.. baby gurl tu diberi nama NUR SYAZA DHANIYAH.. pandai akk ngn abg ipar aku letak nama...hehe.. maksud nama dye ialah cahaya keharuman.. syukur ya allah.. fmily pon dah semakin bertambah.. hehe.. so kat bawah ni aku ade upload sikit pic2 dye.. aku suka pnggil dye dania jek sbb simple.. ala2 awan dania tu..hehe:)

11 February 2012

SeceBiS HaRaPaN..

Salahkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang belum pasti aku miliki sebenarnya..?? seringkali aku memikirkan persoalan ini disetiap inci kewarasan akalku namun jawapan yang aku temui masih lagi mengelirukan.. apakah aku masih mampu bertahan dalam perjuangan yang menuntut pengorbanan hati dan juga perasaan 2 insan.. jauh aku merenung namun semakin jauh ianya hilang dalam kesamaran waktu yang aku sendiri tidak tahu sampai bila.. Terlalu banyak yang menyangka hidup ini penuh dengan kegembiran jika ternampak senyuman yang x lekang dari bibir dan juga gelak tawa yang menghilai namun yakin dan percaya bahawa ada kedukaan dan kesedihan di sebalik wajah kegembiraan itu.. siapa menyangka hidup ini semudah ombak membelah pantainya.. tidak sama sekali.. di sepanjang jalan pasti ada onak dan likunya.. begitu juga dalam kehidupan ku.. tidak semua orang yang boleh terima dan suka kita... mungkin dari penglihatan mata kasar mereka2 itu telah meletakkan satu andaian dan juga personaliti seseorang itu.. aku begitu benci dengan pemikiran orang2 seperti itu.. jauh sekali aku dapat menghormati mereka... namun apa yang harus kita lakukan andai ada yang tidak menyukai kita dan menganggap kehadiran kita hanyalah seperti pelangi yang hanya akan muncul apabila saat hujan berhenti megeluarkan airnya membasahi bumi.. entahla tidak semua manusia yang boleh memahami apa yang aku coretkan ini namun bagi yang memahaminya aku ucapkan terima kasih kerana sudi membaca coretan hati aku ini.. bukan untuk menunding jari kepada sesiapa namun sekadar mencari di mana kelemhan diri ini..sekian~~