11 February 2012

SeceBiS HaRaPaN..

Salahkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang belum pasti aku miliki sebenarnya..?? seringkali aku memikirkan persoalan ini disetiap inci kewarasan akalku namun jawapan yang aku temui masih lagi mengelirukan.. apakah aku masih mampu bertahan dalam perjuangan yang menuntut pengorbanan hati dan juga perasaan 2 insan.. jauh aku merenung namun semakin jauh ianya hilang dalam kesamaran waktu yang aku sendiri tidak tahu sampai bila.. Terlalu banyak yang menyangka hidup ini penuh dengan kegembiran jika ternampak senyuman yang x lekang dari bibir dan juga gelak tawa yang menghilai namun yakin dan percaya bahawa ada kedukaan dan kesedihan di sebalik wajah kegembiraan itu.. siapa menyangka hidup ini semudah ombak membelah pantainya.. tidak sama sekali.. di sepanjang jalan pasti ada onak dan likunya.. begitu juga dalam kehidupan ku.. tidak semua orang yang boleh terima dan suka kita... mungkin dari penglihatan mata kasar mereka2 itu telah meletakkan satu andaian dan juga personaliti seseorang itu.. aku begitu benci dengan pemikiran orang2 seperti itu.. jauh sekali aku dapat menghormati mereka... namun apa yang harus kita lakukan andai ada yang tidak menyukai kita dan menganggap kehadiran kita hanyalah seperti pelangi yang hanya akan muncul apabila saat hujan berhenti megeluarkan airnya membasahi bumi.. entahla tidak semua manusia yang boleh memahami apa yang aku coretkan ini namun bagi yang memahaminya aku ucapkan terima kasih kerana sudi membaca coretan hati aku ini.. bukan untuk menunding jari kepada sesiapa namun sekadar mencari di mana kelemhan diri ini..sekian~~

No comments:

Post a Comment